MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR INDONESIA


Khamis | 16 Jun 2016

Lumrah dan fitrah. Setiap pertemuan itu adanya perpisahan.

Hari ini berlangsungnya majlis ringkas perpisahan pelajar Indonesia yang berkampung di sini lebih kurang seminggu.

Seramai 4 orang pelajar Indonesia menjadikan asrama MTAQA sebagai tempat kediaman mereka untuk seminggu.

Pada paginya, mereka ini akan mengikuti kelas pengajian seperti pelajar lain di MTAQA dan pada sebelah petang dan malamnya, mereka akan mengikuti agenda yang telah diatur oleh pihak SUK.

Keempat-empat mereka merupakan pelajar Pesantren Terpadu Serambi Mekah, Padang Panjang dan masing berumur 16  dan juga 18 tahun.

Pelajar Indonesia akan berlepas ke Kuala Lumpur pada Sabtu nanti (18 Jun) tetapi diadakan majlis perpisahan sedikit awal memandangkan Sabtu adalah cuti hujung minggu buat para guru.

Kiranya, pagi Sabtu akan diadakan majlis perpisahan untuk peringkat pelajar pula.

MOLEK

Pelajar Indonesia menunjukkan reaksi yang gembira dan berpuas hati sepanjang berada di sini. Menurut mereka, kalau boleh diperpanjangkan tempoh mereka berada di sini, pasti mereka ingin bersekolah di sini.

Bilangnya, pelajar di sini semuanya ramah tamah, gurunya semua baik-baik. Suasananya nyaman, persekitarannya selesa.

Satu perkataan Kelantan yang paling melekat di bibir mereka adalah ‘molek’.

Molek, molek, molek.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s