KHATAM AL-QURAN PERDANA, NUZUL AL-QURAN DAN IFTOR JAMA’IE


Khamis | 23 Jun 2016

Pada hari Khamis yang baru-baru ini, telah selamat dan jayanya diadakan beberapa program yang dirancang tetapi terpaksa menjadikan kesemuanya dalam satu acara. Ini kerana disebabkan kesuntukan masa memandangkan sesi persekolahan bulan Ramadhan ini cuma 2 minggu lebih.

Program Khatam Perdana bermula seawal jam 5 petang lagi selepas Asar. Berpakaian jubah putih lengkap berserban, pelajar mula mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dengan merdu nan syahdu.

Kemudian, diteruskan pula dengan ceramah Nuzul Al-Quran bersempena peristiwa Nuzul Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ceramah ini disampaikan oleh bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah yang sekarang ini menjadi guru praktikal di MTAQA. Mungkin ada yang mengenali Ustaz Hilman?

Akhirnya, acara kemuncak iaitu Iftor Jamai’e mengambil alih dengan hampirnya waktu maghrib. Para pelajar membuat beberapa kumpulan di dalam masjid dengan bersama mereka sebotol air mineral dan beberapa biji tamar.

Masuk sahaja waktu, azan dilaungkan dan para pelajar menadah tangan memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah Taala. Buah tamar dimakan, air mineral diteguk. 5 minit sahaja, selepas itu, iqamat dan solat Maghrib didirikan dengan Ustaz Firdaus Mat Hussin menjadi imamnya.

Kemudian, para pelajar dengan tertib dan perlahan mengambil juadah makanan yang berupa nasi, ayam percik, dan macam-macam aneka lauk yang spesial sikit berbanding hari-hari yang lain. Para guru dan murabbi pula mengambil tempat mereka dengan bermacam jenis juadah yang sedap pada mata memandang, tetapi susah untuk perut mengisi.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang untuk majlis berbuka puasa. Sumbangan tuan puan digunakan dengan sebaik mungkin untuk makanan berbuka puasa dengan penambahan juadah seperti lauk pauk serta kuih muih. Semuanya dijamu kepada anak-anak tahfiz dan juga para guru MTAQA. InsyaAllah ada ganjaran dan pahala di akhirat nanti.

Lain-lain gambar boleh tengok di SINI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s