MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA EIDULFITRI MTAQA 2016


Ahad | 10 Julai 2016 | 5 Syawal 1437

Mungkin bagi sekolah lain, ianya masih terlalu awal untuk menyambut Hari Raya Aidulfitri untuk peringkat sekolah tetapi tidak untuk Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha (MTAQA).

Pihak MTAQA tidak mahu semangat berhari raya itu pudar dan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah sebaik sahaja sesi persekolahan bulan Julai bermula.

Para pelajar telah memasuki asrama pada petang Sabtu, dan pada pagi keesokannya, majlis sambutan telah diadakan dan ternyata majlis ini mendapat sambutan yang agak meriah dan menggalakkan daripada pada guru, staf dan pelajar MTAQA sendiri.

Para pelajar mula berkumpul di masjid MTAQA dan solat Dhuha terlebih dahulu. Didahulukan dengan ucapan hari raya daripada wakil guru dan juga pelajar. Seterusnya, ucapan pengajaran isi khutbah hari raya oleh Guru Dakwah MTAQA, Ustaz Azri Amin Mustapai. Manakala,  pra kemuncaknya, ucapan hari raya daripada pihak pentadbiran MTAQA.

Selepas itu, acara bersalam-salaman yang diiringi dengan alunan selawat antara guru dan pelajar. Kemudian, terus sahaja membawa kepada acara yang kemuncak dan sememangnya acara yang dinanti-nantikan, iaitu acara jamuan.

Menu utama untuk tahun ini adalah nasi dagang yang diimport khas daripada sebuah tempat yang hanya diketahui oleh Tuan Pengetua sahaja. Rasanya memang asli dari Terengganu.  Sedap. Lembut dan aromanya yang menyelerakan. Berlaukkan pula gulai ayam dan juga ikan tongkol.

Sepi sahaja biskut raya yang disusun di atas meja seolah-olah langsung tidak dipandang. Biskut mungkin sedih, tetapi hakikatnya biskut-biskut yang disusun rapi dan beraneka jenis tadi habis diserbu oleh pelajar dan juga guru pada akhirnya. Terima kasih kepada pelajar dan guru yang membawa biskut dan kuih raya untuk santapan majlis ini.

Semoga Majlis Sambutan Aidulfitri MTAQA 2016 ini meninggalkan kenangan manis yang akan terpahat di memori keluarga Asriah buat selamanya. Terima kasih kepada semua atas keterlibatan dan sumbangan yang diberikan sama ada sumbangan material atau pun sumbangan tenaga dan idea.

Lagi gambar boleh tengok di SINI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s