MAJLIS PERPISAHAN USTAZ HILMAN (GURU PRAKTIKAL)


Jam 12.00 tengah hari semalam telah selamat berlangsungnya satu majlis ringkas meraikan perpisahan Ustaz Hilman selaku guru praktikal di Asriah.

Ustaz Hilman merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa dan telah menjalani tugasan sebagai guru praktikal di MTAQA selama 3 bulan bermula pada awal Ramadhan tempoh hari.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Hilman atas jasa, budi, dan juga ilmu yang ditaburkan kepada pelajar-pelajar di sini. Mutiara yang disampaikan oleh Ustaz Hilman insyaAllah akan disimpah dengan baik oleh pelajar di sini.

Terima kasih juga kerana atas pertemuan singkat yang diaturkan oleh Allah untuk Ustaz Hilman bersama-sama dengan keluarga kecil Asriah. InsyaAllah, Ustaz Hilman adalah sebahagian daripada warga Asriah.

Semoga Ustaz Hilman terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan teruskan usaha untuk meraih cita-cita yang diimpikan. Simpan dengan baik lipatan memori bersama dengan warga Asriah untuk kembali dikenang di kala rindu.

**Ustaz Hilman juga merupakan generasi pertama keluaran Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha.

Lagi gambar boleh tengok di album ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s