PEPERIKSAAN SMTQ 2016


PASIR MAS – Bermula 17 Oktober baru ini, peperiksaan SMTQ sudah berjalan dengan baiknya di MTAQA. Peperiksaan SMTQ adalah singkatan kepada Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran. Sijil ini mula diperkenalkan sejak belasan tahun yang lalu setelah munculnya sekolah-sekolah tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Jika di sekolah-sekolah yang bukan tahfiz, sijil ini lebih dikenali dengan SMU iaitu Sijil Menengah Ugama.

Peperiksaan ini hanya diambil oleh semua pelajar tingkatan empat di sekolah kelolaan YIK. Hanya subjek yang melibatkan agama sahaja dalam peperiksaan ini dan 2 subjek asas akademik iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagi MTAQA, sedaya upaya di pihak guru dan juga pelajar berusaha untuk mengekalkan peratus cemerlang 100% seperti yang dicapai pada tahun lepas. Andai ada rezeki, mungkin itu bakal menjadi milik kami. Usaha sudah, yang tinggal cuma doa dari kalian dan tawakkal kami kepada Allah.

Peperiksaan ini akan berakhir pada 25 Oktober 2016 iaitu bersamaan dengan hari Selasa minggu hadapan. Sepanjang seminggu peperiksaan ini berlangsung, hanya hari Jumaat sahaja yang dikira cuti rehat bagi mereka.

Doakan mereka!

14713592_969344099844132_1117340494328370150_n

14725667_969344083177467_5235457325222422770_n

14731226_969344106510798_2713042832509967595_n

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s