3A 3B ADALAH SYARAT MINIMUM KEPUTUSAN UPSR UNTUK PERMOHONAN TINGKATAN 1 MTAQA


Assalamualaikum warahmatullah. Ekoran keputusan UPSR 2016 yang tidak memberangsangkan di peringkat negeri dan kebangsaan maka hasil perbincangan YB Dato Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan dan pengurusan Yayasan Islam Kelantan bersetuju menerima permohonan untuk menduduki peperiksaan bagi tujuan kemasukan ke Maahad Kawalan dan Maahad Sains Tok Guru 2017 SEKURANG-KURANGNYA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN 3A 3B dalam UPSR 2016. Untuk Maahad lain seperti biasa. Sila panjangkan maklumat kepada yang terlibat. Segala kemusykilan sila rujuk unit Hal Ehwal Murid YIK.

Dari Timbalan Pengarah (Sekolah)
b.p YM PENGARAH YIK.
———————————————-
Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:
1. MAAHAD MUHAMMADI (Lelaki)
2. MAAHAD MUHAMMADI (Perempuan)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS NURUL AMAN, KOK LANAS (Lelaki)
4. MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH (Perempuan)
5. MAAHAD TAHFIZ SAINS BUSTANUL ARIFIN, TUMPAT (Lelaki)
6. MAAHAD TAHFIZ SAINS AL MUHAMMADI, NIPAH (Lelaki)
7. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT, PULAI CHONDONG (Lelaki)
8. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ASRIAH, BANGGOL CHICHA (Lelaki)
9. MAAHAD SAINS TOK GURU, PENGKALAN CHEPA (Lelaki)

Disertakan pautan borang permohonan ke Maaad-Maahad Kawalan untuk didownload:
http://www.yik.edu.my/…/borang-permohonan-kemasukan-tg1-maa…

– Syarat untuk menghantar borang permohonan ini iaitu borang permohonan perlu dihantar bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan yang dipohon dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan.
– Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan diproses.
– Permohonan dibuka 3 Oktober 2016 sehingga Dua Minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.

******

Boleh dapatkan borang di pejabat MTAQA. Syarat minimum adalah 3A 3B untuk layak memohon dan ditemuduga sebagai saringan.

Semoga membantu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s