MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (SMTQ 2015)

KOTA BHARU – Pada 8 Oktober 2016, satu majlis yang dinamakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMTQ 2015 telah berjaya diadakan di Restoran D Qaseh, Tanjung Chat. Majlis ini pada asalnya perlu disertai oleh semua guru dan kakitangan MTAQA tetapi ada beberapa orang yang tidak dapat hadir atas sebab yang tertentu.

Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para guru yang bertungkus lumus mengajar mata pelajaran SMTQ pada tahun 2015 dan mereka ini adalah antara penyumbang kepada peratusan cemerlang keputusan peperiksaan SMTQ 2015. Syabas dah tahniah diucapkan.

Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari dengan ucapan aluan Tuan Pengetua MTAQA. Banyak yang ditekan sebagai peringatan kepada semua guru. Antaranya adalah penting untuk seseorang yang bergelar guru sentiasa menambah ilmu pengetahuannya sendiri mengikut arus perkembangan masa. Ini kerana,  arus semasa pantas berkembang dan para guru sentiasa perlu ‘catch up‘ perkembangan tersebut untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kemudiannya, wakil Pengarah YIK, Ustaz Ahmad Pakhruddin turut menyampaikan ucapan. Ustaz Ahmad Pakhruddin merupakan Pegawai Peperiksaan di YIK dan dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para guru MTAQA yang mendidik anak-anak murid tanpa penat lelah dan khususnya kepada guru SMTQ 2015 atas sumbangan yang jarang-jarang ada sekolah YIK yang dapat iaitu lulus 100% semua mata pelajaran.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati tanda terima kasih sekolah kepada para guru SMTQ 2015. Biarpun nilainya tidak mungkin dapat mengimbangi apa sumbangan yang diberikan para guru terhadap murid, semoga ganjaran yang berterusan di akhirat dapat mengiringinya.

Akhir sekali, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Pengarah YIK, Ustaz Ahmad Pakhruddin dan majlis disudahi dengan jamuan makan sebelum bersurai.

Ujian Tahriri Al-Quran SMTQ 2016

Isnin | 26 September 2016

Sedang berlangsung pada tarikh ini di MTAQA adalah ujian bertulis Sijil Menengah Tahfiz al-Quran (SMTQ) 2016 bagi subjek Al-Quran buat pelajar tingkatan 4.

Doakan kejayaan anak-anak ini dan agar dipermudahkan oleh Allah segala kesulitan dalam menjawab peperiksaan ini.

**Subjek lain akan bermula pada 17 Oktober nanti.