HUBUNGI

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah
Banggol Chicha, 17000 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim.

Tel : 09 7922560 / 09 7964229

Faxs : 09 7922561 / 09 7964230

Email : maahadmtaqa@yik.edu.my

74 thoughts on “HUBUNGI

  1. zulleina says:

    Assalamualaikum..tumpang tanya..sy berhasrat ingin hantar anak saya ke pengajian tahfiz untuk tahun depan (2017 – ting. 1)..cuma anak sya agak lemah dalam pembelajaran dan sy ingin dia lebih mendalami ilmu agama..jadi sy ingin tahu jika ada syarat kelayakan untuk masuk ke tahfiz, apakah syarat kelayakan tersebut

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam…

      Syarat-syarat Kemasukan

      1. Tamat Tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya.
      2. Lelaki, khatam Al-Quran serta boleh membacanya dengan sempurna.
      3. Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B di dalam peperiksaan UPSR atau setarafnya.
      4. Mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di MTAQA atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).
      5. Lulus sesi temuduga yang diadakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) sekiranya borang permohonannya lengkap dan diluluskan oleh YIK.

      Terima kasih.

  2. abdul fatah ali says:

    assalamualaikum wbt, saya ingin bertanyakan mengenai pertama saya berhasrat untuk menghantar anak tiri saya ( lelaki) berumur 16 tahun ke maahad tuan dan adakah disana beliau akan menduduki spm kerana selain agama sy juga mau anak tiri sy berjaya dalam akedemik.
    soalan kedua sy ingin bertanyakan adakah pihak pengurusan maahad menerima pelajar perempuan kerana seorang lagi anak tiri saya akan masuk ke sekolah menengah pada tahun hadapan dan saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membalas pertanyaaan saya ini…

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh…

      1) Pertamanya, sekolah kami hanya mengambil pengambilan untuk tingaktan satu sahaja bagi setiap tahun. Tidak ada pengambilan untuk selain itu termasuk untuk tingkatan 4 (16 tahun). Mohon maaf dari pihak kami.

      2) Keduanya, sekolah kami hanya untuk pelajar lelaki sahaja dan tidak menerima mana-mana pelajar perempuan untuk sebarang tingkatan. Yayasan Islam Kelantan ada menyediakan sekolah tahfiz untuk perempuan sahaja di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Tuan boleh rujuk ke sana sekiranya berminat untuk menghantar anak tuan ke sana.

      Mohon maaf atas kesulitan dan pihak kami berterima kasih atas minat dan usaha tuan menghantar anak jagaan tuan ke sekolah kami.

  3. Rosbi bt Ishak says:

    Tuan…bagi saya ruangan komen ini sangat berguna utk mereka yang nak mencari maklumat..
    Saya cadangkan tuan adjustkan setting supaya komen2 terkini berada di atas..
    Tak perlulah kita scroll down utk lihat komen terkini..rasanya itu lebih praktikal..

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Terima kasih atas cadangan yang bernas dan berguna. Admin baru sahaja ubah seting dan rasanya paparan komen yang dipaparkan sekarang adalah mengikut sort yang newer ke oldest.

      Terima kasih atas teguran yang membina.

  4. Mohd najib says:

    Asalamualaikum.
    Tuan, anak saya telah mendapat tawaran temuduga pada 5hb dis 2015 sabtu ni, d maahad tahfiz walqiraat pulai chondong, saya d maklumkan ada 2 sesi, sesi bertulis dan lisan,
    Boleh saya tahu, apakah persediaan tajuk yg perlu anak saya persiapkan bg mghadapi sesi temuda tersebut.
    Saya amat berharap agar pihak tuan dapat memberi sedikit idea dan pencerahan kepada saya agar dapat saya membantu anak saya menghadapi sesi temuduga tersebut.semoga jasa baik tuan d rahmati Allah

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam..

      Terlebih dahulu ingin admin ucapkan tahniah kerana anak tuan berjaya untuk ditemuduga.

      Temuduga kemasukan ke sekolah tahfiz lebih kepada untuk menguji akhlak dan pengetahuan asas fardhu ain para pelajar. Jadi, saya sarankan untuk anak tuan tahu asas-asas fardhu ain seperti rukun solat, puasa dan sebagainya.

      Untuk ujian lisan, kebiasannya adalah untuk menguji tahap keupayaan pelajar dalam menghafal ayat-ayat Quran. Para calon akan diberi ayat-ayat tertentu untuk dihafal dalam masa yang diberikan dan diminta untuk memperdengarkan bacaan hafalannya bila tiba gilirannya nanti.

      Ini adalah untuk memastikan pelajar yang diterima masuk sekolah tahfiz adalah pelajar yang betul-betul mampu dan mempunyai potensi untuk menghafal untuk memastikan kelancaran hafalannya di sekolah nanti.

      Itu sahaja yang saya rasa penting dan perlu diambil perhatian untuk temuduga ini. Masa temuduga sesi lisan juga, para calon juga akan ditanya tentang sahsiah dan kelakuannya sama ada berakhlak dengan seorang akhlak muslim atau pun tidak. Itu sahaja.

      Kalau ada apa-apa yang masih tidak jelas, boleh terus mesej page rasmi Facebook MTAQA untuk respon yang cepat.

      Terima kasih.

  5. Badrol says:

    salam, anak saya telah mendapat keputusan UPSR 2015 4A 1B, beliau belum khatam Al-Quran, bolehkah memohon untuk memasuki Maahad Tahfiz ini, memandangkan tarikh akhir permohonan 30.11.2015 (tak sempat apply), bilakah agaknya untuk pengambilan sesi kedua dibuka….sekiranya anak saya layak memohon. Mohon pencerahan.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam…

      Untuk soalan Tuan Badrol ini, masalah belum khatam Al-Quran tidak memainkan masalah yang besar kalau anak Tuan badrol dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan ada keupayaan untuk menghafal Al-Quran.

      Cumanya dengan tarikh yang tidak sempat untuk diaply, saya cadangkan untuk Tuan Badrol terus berhubung dengan orang di Yayasan Islam Kelantan untuk pengambilan sesi kedua. Sebab, kebiasaannya, tidak akan ada sesi pengambilan kedua sekiranya permohonan sudah melebihi kuota yang diperlukan.

      Harap jawapan saya menjawab pertanyaan Tuan Badrol. Boleh terus berhubung dengan Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri untuk permohonan anak tuan. Mungkin sempat lagi memandangkan ujian temuduga belum lagi dijalankan sepenuhnya.

      Terima kasih.

      **sila mesej/pm admin di facebook page rasmi Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah untuk respon yang pantas dan segera. harap maklum.

  6. Rosbi bt Ishak says:

    Tuan,

    Saya cadangkan pihak tuan paparkan di dalam website tuan hari cuti atau cuti sekolah pelajar MTAQ kerana cuti pelajar berlainan daripada sekolah biasa mahupun sekolah YIK.

    Ini bagi memudahkan ibubapa membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga.

    Terima kasih

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Sudah ada takwim cuti sekolah di laman ini. Boleh tengok di bahagian menu > takwim cuti atau di pautan ini https://mtaqasriah.wordpress.com/takwim-persekolahan/

      Memandangkan sekarang di bulan November, pihak Admin hanya update cuti pada bulan November dan Disember 2015 sahaja. InsyaAllah pada tahun 2016, pihak Admin akan update keseluruhan tahun untuk takwim cuti sekolah.

      Terima kasih atas cadangan. Cadangan dan pandangan yang lain boleh terus disuarakan untuk tindakan penambahbaikan.

      • Rosbi bt Ishak says:

        Tuàn..syabas saya ucapkan di atas tindakan pihak tuan…maklumat cuti ini sangat2 memberi manafaat kepada kami..ibu bapa dan pelajar..

  7. Azman says:

    Saya ada anak t3 skrg. Sekolah biasa. Ada peluang tak nak.masuk sek tahfiz.memandangkan bhg akademik…beliau kurang menguasai

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Maaf MTAQA hanya menerima untuk ambilan Tingktan 1 sahaja dan diuruskan oleh pihak YIK. Tuan boleh rujuk Tahfiz2 lain. juga Minat anak tuan perlu diambil kira serta keupayaan membaca dan menghafaz.

  8. Khalid b Ibrahim says:

    Assalamualaikum ustaz.! Adakah tawaran ini terbuka juga kepada pelajar selain daripada kerakyatan Negeri Kelantan?
    2. Bagaimana cara untuk memohon kemasukkan ke MTAQ?

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumussalam. 6-10% adalah untuk pelajar Luar Kelantan.
      Untuk memohon pihak tuan kena tunggu update dari pihak kami, memandangkan YIK belum mengeluarkan borang permohonan. Urusan temuduga dan ambilan diuruskan oleh YIK sepenuhnya. Biasanya temuduga diadakan di MTAQ Pulai Chondong.

      Syarat-syarat Kemasukan

      Tamat Tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya.
      Lelaki, khatam Al-Quran serta boleh membacanya dengan sempurna.
      Mendapat sekurang-kurangnya 4A di dalam peperiksaan UPSR atau setarafnya.
      Mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di MTAQA atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).
      Layak dalam sesi temuduga yang diadakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

  9. Hisham bin Mohd Noor says:

    Assalamualaikum saya bapa kepada pelajar tingkatan 4,saya ingin bertanya tentang e waris saya tak dapat ekses.

      • fathien says:

        Assalamualaikum…
        Apakah syarat2 kemasukan ke tingkatan 4 dan bagaimana cara untuk memohon kemasukan ke tingkatan 4 sesi 2016.

      • MTAQ Al-Asriah says:

        Waalaiku,ussalam. Urusan kemasukan di uruskan oleh YIK 100%. pihak kami hanya menerima senarai pelajar yang ditawarkan kesekolah ini melalui yayasan islam Kelantan. setakat ini hanya untuk kemasukan tingkatan 1 sahaja.

  10. Wani says:

    As Salam, saya ingin Tahu syarat kemasukan ke maahad Tahfiz ni? Dan berapa Juzuk Sehingga tingkatan 3 perlu dihafaz? Adakah Ada aliran Sains Tylenol Utk tingkatan 4 dan 5? Anak saya Dari sekolah Rendah islam dan berhajat Utk mencari sekolah Tahfiz yg layak dgn keputusan dia 3A2B, Sijil Pentaksiran Peperiksaan Ikram Musleh 7A2B.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumussalam.
      Syarat kemasukan 5A. cuma amalan sebelum ini, ambilan kedua 4A 1B. semua urusan kemasukan diuruskan oelh pihak YIK, temuduga di MTAQWQ Pulai Chondong.

      Sistem TAhfiz kami 4 Tahun.
      T1 : Juz 30 hingga 5
      T2 : Juz 6 – 13
      T3 : Juz 14 – 21
      T4 : Juz 22 – 29 (Khatam)

      Aliran Tahfiz Qiraat hanya aliran sastera sahaja. Untuk aliran sains di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (Lelaki) dan MTS Tanah Merah (Perempuan)

  11. wan afwan hakimin bin wan abd aziz says:

    Ank sy klhran kelantan…..sy nk tanye klau2 anak sy dpt 3A 1B 1C bolh ke diterime dlm sesi temuduge

  12. Normadiah Abdul Rahman says:

    Assalamualaikum…saya kelahiran Kelantan tetapi anak saya dilahirkan di Pahang. Bolehkah anak saya memohon utk memasuki maahad di bwh YIK?

  13. farhana says:

    Assalamualaikum…. Saya nk bertanyakan tentang prtukaran pelajar ting 6 ke maahad tahfiz al- Quran Al-Asriah.. Macam mana ya…?

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumussalam. Pihak admin mohon kemaafan kerana lewat reply.
      MTAQA hanya setakat tingkatan 4, selanjutnya pelajar akan sambung di MTAQWQ Pulai Chondong.

      Cadangan : Kolej Tahfiz Nurul Aman, Kok Lanas menerima pelajar STAM

  14. bintu hashim says:

    tahniah kpd mudir dan semua guru mtaq al asriah di atas komitmen tuan2 mendidik pelajar2 tahfiz. harap maahad juga berusaha menerapkan adab yg indah dan budi pekerti mulia dlm diri anak2 di sini, kerana mrka juga akan jadi daie. masyrakat menilai akhlaq dan peribadi para huffaz.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Wa’alaikumussalam.
      Permohonan kemasukan tingkatan 1 sesi 2014 belum dibuka lg. InsyaAllah bila arahan trsebut keluar drpd pihak YIK, kami akan meklumkan melalui FB dan Bloq rasmi MTAQA.

      Biasanya borang kemasukan keluar sebulan sebelum keputusan UPSR diumumkan dan mesti dihantar di pusat temuduga (MTAQPC) paling lewat dua minggu selepas UPSR diumumkan.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Assalamualaikum. Maaf pihak kami tiada kesempatan untuk menjawab persoalan anda memandangkan guru kanan al-Quran terpaksa dipinjamkan ke Tahfiz di Selangor. Harap maaf

  15. masnah kadar says:

    salam saya nak buat kajian tentang tugasan saya qiraat….harap pihak tuan dapat membantu persoalan saya.
    soalan 1) bagaimana tahap penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraaat?
    soalan 2) apakah sumber/ kitab yang digunakan dalam mempelajari ilmu qiraat?
    soalan 3) apakah faktor yang mendorong mereka untuk mempelajari ilmu qiraat?

  16. zaini ramli says:

    Asaalamualaikum,
    anak saya adalah pelajar Maahad Tahfiz Sainis nurul Aman Kok Lanas & baru menerima keputusan PMR baru2 ini,keputusan beliau mendapat 3A & 6B, oleh itu beliau tidak berpeluang menyambung pelajaran di MTSNA, dakah pihak MTAQ Al-Asriah mengambil pelajar ke tingkatan 4 dari maahad lain, utk pengetahuna tuan hafazan beliau ialah 14.5 juzuk (273 m/surat)

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumussalam.
      Urusan kemasukan ke MTAQ al-Asriah diurus 100% oleh Yayasan Islam Kelantan. Pihak kami tidak diberi hak dalam urusan pengambilan pelajar. Jadi pihak mencadangkan Tuan rujuk Yayasan Islam Kelantan untuk urusan tersebut.

      Buat makluman Tuan, sistem kurikulum tahfiz Qiraat berbeza dari Tahfiz Sains. Maklumat lanjut tuan boleh rujuk link dibawah ,
      mtaqasriah.wordpress.com/pengenalan-mtaqa/kurikulum/

      Jadi, pelajar Tingkatan 4 di Tahfiz Qiraat akan mengambil SMU dan SMTQ yang merupakan kesinambungan mata pelajaran yang di pelajari dan dihafaz bermula tingkatan satu lagi. Mata pelajaran yang dipelajari diperingkat SMU juga berbeza dari sekolah2 yang lain.

  17. nurlin15 says:

    Assalamualaikum..
    Saya ada menghantarkan permohonan terus ke MTAQ Al-Asriah dan sampai 29 Nov lalu..Keputusan anak saya 4A 1B..Bagaimana saya tahu bolehkah anak saya duduki temuduga yang dijadualkan pada 8hb Dis ni? Mohon bantuan tuan.
    wassalam

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Wassalam. Maaf pihak admin lambat replay. Setakat ini, pihak kami dimaklumkan hanya pelajar 5A sahaja di panggil temuduga sesi pertama semalam di MTAQ PC. Namun, kami dikhabarkan akan ada sesi kedua untuk pelajar 4A. InsyaAllah pihak kami akan update perkembangsan tersebut di FB rasmi MTAQA

  18. zaki says:

    assalamualaikum
    ingin bertanya, adakah syarat 4A1B adalah yang paling minimum untuk pengambilan pelajar-pelajar di ma’ahad tahfiz ni?
    memang tidak boleh di kompromi atau macam mana? contoh kata kalau dia mendapat 3A2B atau 4A1c,
    dan adakah permohonanya akan ditolak terus?
    syukran

  19. wan azmi wan kassim says:

    Assalamualaikum,
    Saya bapa kepada pelajar tingakatan 1 di salah sebuah maahad tahfiz di pasir mas ingin bertanyakan beberapa soalan;
    1) Bolehkah jika saya tukarkan anak saya ke MTAQ dan apakah syarat-syaratnya?
    2) Sekiranya semua syarat lengkap, berapakah yuran bulanan termasuk makan dan minum?

    Untuk pengetahuan pihak tuan, saya tinggal di Terengganu. Sekian terima kasih.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Lazimnya dua kaedah digunakan disini:
      1. Guru baca, pelajar dengar dan ikut bacaan guru.
      2. pelajar baca, guru dengar dan tegur kesilapan serta menunjukkan contoh bacaan yang betul.

  20. MTAQ Al-Asriah says:

    waalaikumussalam.
    Secara umumnya Model Sistem Tahfiz al-Quran di MTAQA adalah sebagaimana berikut :
    1. Talaggi
    2. Hafaz
    3. Tulisan Ayat
    4. Semak
    5. Tasmik
    6. Murajaah

    Maklumat lanjut sila hubungi MTAQA atau Guru Kanan al-Quran MTAQA di talian sebagaimana diatas.

  21. taju rahim says:

    Assalamualaikum..
    ana ingin bertanyakan mengenai tips @ kaedah-kaedah yang digunapakai di maahad tahfiz ini untuk mudah menghafal al-Qur’an. Bagaimanakah cara2 menghafal yang diajarkan oleh ustaz2 kpd para pelajar untuk menghafal al-Qur’an dengan berkesan..
    Sekian Terima kasih

  22. abii.. says:

    Assalamualaikum….
    pertanyaan tentang `lokar` pelajar2 tingkatan 1..
    bila agaknya dia org.akan dapat menyimpan barang2 pada tempat yg sesuai….
    kesian tengok budak2 longgok pakaian dalam beg yg dibawa…
    selebihnya terpaksa buat tidur d katil…
    diharapkan pihak sekolah dapat atasi masalah ini secepat mungkin…!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s