SYAFAWI SMTQ 2016

Isnin | 25 Julai 2016

11 Julai – 11 Ogos 2016

Tarikh di atas merupakan tempoh berlangsungnya ujian syafawi (lisan) bagi peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ) untuk pelajar tingkatan 4 MTAQA.

Minggu ini (24-28 Julai) akan berlangsungnya ujian Al-Quran. Mohon doa dari semua agar semuanya dipermudahkan oleh Allah Taala.

Markah bagi ujian lisan ini akan dijumlahkan dengan markah peperiksaan bertulis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Andai ada usaha, kejayaan pasti seandainya. Tawakkal kepada Allah. InsyaAllah.

SESI MELAWAT TAPAK BANGUNAN

Isnin | 18 Julai 2016

Alhamdulillah. MTAQA akan mendirikan sebuah bangunan pentadbiran & akademik yang baru dalam masa terdekat bagi menggantikan bangunan lama sedia ada yang sudah uzur.

Petang tadi, selesai sudah sesi melawat tapak bangunan oleh pihak kontraktor, arkitek dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang disambut sendiri oleh Tuan Pengetua, Ustaz Zawawi dan SU Pembangunan, Ustaz Ku Idham di MTAQA.

Semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Alhamdulillah.

Doakan, semoga kerja pembinaan bangunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

InsyaAllah, MTAQA akan berwajah baru tidak lama lagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

**gambar di bawah adalah lakaran plan bangunan yang dijangka akan berdiri gah di MTAQA

PEMBELIAN TANAH

Isnin | 11 Julai 2016 | 6 Syawal 1437H

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Segala puji dan syukur kepada Allah Taala kerana akhirnya tanah yang sekalian lama diusahakan untuk dimiliki telah berjaya diperoleh.

Tanah ini berjaya dibeli dengan harga RM65,000 dan terima kasih kepada tuan tanah atas urusan jual beli yang mudah.

Yang utamanya, jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan para pewakaf untuk dana pembelian tanah ini.

Terima kasih daripada Pengetua dan juga pihak MTAQA kepada semua penyumbang.

Jasa dan sumbangan kalian tidak terbalas di dunia. Semoga Allah mengganjarinya di akhirat kelak dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

InsyaAllah, kerja menambun tanah untuk kerja-kerja pembangunan sekolah sudah dalam proses dan dijangka akan bermula dalam masa terdekat.