KEPERLUAN DIBAWA

ALAT-ALAT KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PELAJAR SEMASA HARI PENDAFTARAN

 

Urusan Pejabat

  1. Tujuh keping gambar berukuran pasport
  2. Buku rekod kesihatan pelajar
  3.  Buku kesihatan gigi ( jika ada )

Pakaian Sekolah

  1. Kopiah Putih (Keras)
  2. Jubah putih ( Lengan panjang berbutang, labuh sampai buku lali )
  3. Seluar panjang ( Slack hitam )
  4. Stokin hitam
  5. Kasut hitam ( Jenis kulit atau PVC )

Pakaian Ibadah

  1.  Kain sarung
  2. Baju melayu
  3.  Serban putih

Pakaian Riadah

  1.  Baju T
  2.  Seluar trek
  3.  Kasut sukan

Kelengkapan Asrama

  1. Kain selimut
  2. Kain basahan
  3.  Penyangkut baju
  4. Baldi dan Gayung
  5.  Tuala
  6.  Alat kendiri ( Sabun, berus gigi, sikat dan sebagainya )

Pakaian Asrama

  1.  Baju asrama ( Disediakan pihak sekolah )
  2. Seluar slack hitam
  3.  Kupiah putih

 

PAKAIAN ATAU PERALATAN YANG TIDAK BOLEH DIBAWA (DILARANG KERAS)

  1. Seluar jean dan seumpamanya
  2. Seluar pendek atau tiga suku
  3. Songkok
  4. Pakaian yang tidak sopan ( bertulis dan bergambar)
  5. Buku-buku cerita remaja / komik
  6. Alat-alat permainan dalaman ( indoor games )
  7. Radio / TV / telefon bimbit / MP3 dan seumpamanya

53 thoughts on “KEPERLUAN DIBAWA

  1. Minah binti Ismail says:

    Assalamualaikum ustaz… saya nak tanya… anak saya tingkatan 4 tahun 2016 ni, pt3 nya bukan di sekolah aliran arab, tapi berminat menghafal quran. Ada ke pengambilan tingkatan 4?

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam Puan Minah.

      Kami minta maaf banyak sebab sekolah ini tiada pengambilan untuk pelajar tingkatan 4. Pengambilan baru cuma untuk tingkatan 1 bagi setiap tahun.

      Harap dapat menjawab soalan puan.

      Terima kasih.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam…

      Pelajar boleh memakai kain pelikat di dalam jubah semasa BUKAN sesi persekolahan sahaja. Sekiranya, sesi di asrama, tak ada masalah untuk memakain kain pelikat di dalam jubah seperti untuk solat Subuh, Asar, Maghrib dan Isya’. Pelajar wajib memakai seluar slack berwarna hitam di dalam jubah semasa sesi persekolahan pagi.

  2. Muhd danial says:

    Assalamualaikum ustaz ,bolehkah saya tahu berapa helai jubah ,dn bj mlayu utk dibawa? Lencana perlu dijahit di jubah?

    Pakaian utk tidur boleh pkai kain atau seluar trek atau mana2 pun boleh

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam Muhd Danial…

      Untuk jawapan kepada soalan ini, admin tiada jawapan yang tepat memandangkan jumlah itu berdasarkan penggunaan individu. Sekiranya seorang individu itu adalah seorang yang aktif dan jubah dan baju melayu nya hampir sahaja kotor setiap hari, maka dia memerlukan lebih banyak jubah dan baju melayu.

      Admin mengesyorkan boleh dahulu bawa 3 helai jubah putih dan 4 helai baju melayu. Sekiranya berasa jumlah itu tidak mencukupi dengan penggunaan mingguan, boleh bagitau ibu bapa untuk membawanya di hujung minggu atau boleh tunggu sehingga cuti dan bawa secukupnya selepas cuti nanti.

      Asrama MTAQA menyediakan perkhidmatan dobi dan boleh guna untuk mencuci pakaian setiap minggu. Apa-apa pun semuanya atas penggunaan individu masing-masing. Tidak tertakluk kepada angka dan jumlah yang tertentu.

  3. Pn.niza says:

    Assalammualaikum…
    Saya nak bertnya…ank saya x menduduki peperiksaan upsr…tahun 2016 dia berumur 13 thn…sekarang berada di Madrasah senlagor…allhamdullilah 4 juzuk dah hbs… Layak tak dia memohon…

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumusalam.
      Maaf, salah satu syarat yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan adalah mempunyai peperiksaan UPSR. Boleh berhubung terus dengan pihak Yayasan Islam Kelantan untuk membincangkan hal anak puan.
      Terima kasih.

  4. Mohd Saidi bin Embong says:

    assaamalaikum ustaz… bolehkah permohonan kemasukkan ke MTAQ Asriah selain daripada kerakyatan kelantan.

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumussalam. 6-10% adalah untuk pelajar Luar Kelantan.
      Untuk memohon pihak tuan kena tunggu update dari pihak kami, memandangkan YIK belum mengeluarkan borang permohonan. Urusan temuduga dan ambilan diuruskan oleh YIK sepenuhnya. Biasanya temuduga diadakan di MTAQ Pulai Chondong.

      Syarat-syarat Kemasukan

      Tamat Tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya.
      Lelaki, khatam Al-Quran serta boleh membacanya dengan sempurna.
      Mendapat sekurang-kurangnya 4A di dalam peperiksaan UPSR atau setarafnya.
      Mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di MTAQA atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).
      Layak dalam sesi temuduga yang diadakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

  5. Syazliana says:

    Salam Ustaz. Saya difahamkan yang semua pelajar hafazan menggunakan quran kecil yg blh muat poket utk mudah dibawa kemana2. Betulkah? Saya bertanya utk tujuan bersedekah. Adakah mensedekahkan quran kecil ini akan bermanfaat ataupun tidak. Terima kasih.

  6. farhan says:

    assalamualikum….ustaz kalau bwak telefon bimbit…msa hri persekolahan bgi kt pihak sekolah….masa pulang ke rumah sya ambik balik dari pihak sekolah….sbab sya duduk kt pahang….mungkin sya akan pulang ke rumah menaiki keretapi….tkut klau ade ape2 hal…boleh telefon ibubapa…..harap ustaz bagi kerjasama yeh……terima kasih…

  7. farhan says:

    assalamualaikum ustaz…klau pakai seluar pendek tige suku untuk seluar dlam boleh kew…..sbab sye x biase pkai spender…..hihihihihi….dan bile tarik pendaftaran pelajar baru ambilan ke2 bgi 2014…?harap ustaz hantar jawapan secepat mungkin…terime kasih….

  8. rohana says:

    Assalamualaikum..klu pelajar dari pedalaman sabah ada kelonggaran ka dari segi syarat kemasukan..contohnya keputusan UPSR yang tak seberapa dan bacaan al quran x begitu baik ?

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Syarat-syarat KemasukanTamat Tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya.Lelaki, khatam Al-Quran serta boleh membacanya dengan sempurna.Mendapat sekurang-kurangnya 5A di dalam peperiksaan UPSR atau setarafnya.Mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di MTAQA atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).Layak dalam sesi temuduga yang diadakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

  9. suhaili shaari says:

    Assalamualaikum.ustaz,boleh tak saya nk buat permohonan untuk pemindahan kemasukan anak saya dr mta al asriah ke mtaq wal qiraat pulai condong

    • MTAQ Al-Asriah says:

      Waalaikumussalam.
      Sebarang permohonan KEMASUKAN, PERPINDAHAN DAN PERTUKARAN sila berurusan dengan Yayasan Islam Kelantan sahaja. Pihak kami hanya menerima kemasukan pelajar yang diarah terima oleh YIK.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s