PENGENALAN

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah ( MTAQA ), Banggol Chicha, Pasir Mas, telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19 Disember 2005. Ianya merupakan sebuah Sekolah Menengah Ugama yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran dan Qiraat, Pengajian Islam/Bahasa Arab dan Akademik.

Visi

Merealisasikan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) di samping untuk melahirkan para hafiz yang soleh serta berketrampilan dalam kehidupan bermasyarakat.

Misi

Melahirkan para hafiz yang mahir dalam ilmu Al-Quran dan Qiraat serta berkemampuan untuk memikul tanggungjawab sebagai pendakwah.

Objektif

1.       Melahirkan para hafiz yang benar-benar dapat menjaga hafalan Al-Quran.

2.       Melahirkan ulamak yang soleh serta berakhlak mulia

3.       Melahirkan Qari yang bermutu bacaannya serta mantap dalam ilmu qiraat.

4.       Melahirkan para hafiz yang boleh menjadi rujukan masyarakat dalam bidang Al-Quran dan Qiraat.

Sistem Pembelajaran

Waktu Pembelajaran dan pengajaran bermula 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Manakala waktu tambahan bagi Al-Quran disambung semula setengah jam sebelum dan selepas Solat lima waktu.

Kurikulum

Buku-buku teks dan sukatan pelajaran di MTAQA adalah mengikut sukatan pelajaran sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala sukatan pelajaran Al-Quran dan Qiraat adalah berasaskan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir.

Peperiksaan

Oleh kerana MTAQA mempunyai tiga bidang pengajian, maka pelajar-pelajarnya akan menghadapi empat jenis peperiksaan sama ada dari Lembaga Peperiksaan YIK ataupun Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

  • Tingkatan 4
  • Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil MenengahTahfiz Al-Quran (SMTQ)
  • Tingkatan 5
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Tingkatan 6  (bawah)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Tahfiz Al-Quran (STTQ)

Peluang Pengajian

Antara kelebihan sistem pengajian MTAQA di mana para pelajarnya berpeluang menyambung pelajaran ke mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta sama ada di dalam ataupun luar negara. Ini kerana mereka mempunyai :

Sijil Institut
Ting. 4(SMU) Pondok Moden, Kandis, Bachok Kelantan
Ting.5(SPM) IPTA/IPTS seperti UM, UKM, UIAM, UKM, UiTM, UUM ,KIAS, UNIKL dan lain-lain
Ting. 6(STAM) Universiti Timur Tengah seperti Al-Azhar, Univesiti Islam Madinah, Jordan dan lain-lain.
Ting. 6(STTQ) Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir danUniversiti Islam Madinah.

Syarat-syarat Kemasukan

  1. Tamat Tahun 6 SRK/SRJK atau setaraf dengannya.
  2. Lelaki, khatam Al-Quran serta boleh membacanya dengan sempurna.
  3. Mendapat sekurang-kurangnya 5A di dalam peperiksaan UPSR atau setarafnya.
  4. Mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di MTAQA atau Yayasan Islam Kelantan (YIK).
  5. Layak dalam sesi temuduga yang diadakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).