E-Waris MTAQA

Untuk para ibu bapa penjaga yang ingin menyemak keputusan ujian akhir tahun anak-anak boleh pergi ke pautan E-Waris baru MTAQA di : spsyik.net.my/auth/ewaris/login

Ibu bapa penjaga cuma perlu memilih nama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah dan kemudian masukkan no. kad pengenalan pelajar pada kotak kod pengesahan.

Bermula tahun 2019, ibu bapa penjaga juga boleh menyemak prestasi hafazan Al-Quran anak-anak yang turut dikemaskini di dalam E-Waris. Semoga ada manfaatnya.

Terima kasih.

Screenshot (11)_LI

SOLAT HAJAT BANGUNAN PENTADBIRAN BARU MTAQA

Alhamdulillah pagi ini diadakan solat hajat beroperasi sepenuhnya urusan pentadbiran MTAQA di bangunan baru yang telah siap akhir tahun lepas. Mohon diberikan kebekatan dan rahmat Allah s.w.t dalam menguruskan Maahad Tahfiz ini.

Bagi memudahkan urusan bersama, berikut kedudukan di bangunan pentadbiran:

Tingkat Bawah – Kelas tingkatan 1, Maktabah, Bilik gerakan pelajar dan bilik rawatan.

Tingkat Satu – Pejabat, Ruang Tetamu, Bilik Pengetua, PKP, PKHem, PKQ, Bendahari, GKQQ, Bilik Mesyuarat dan Bilik Guru

Tingkat  Dua – Bilik SPBT, Bilik Kurikulum, Bilik Hem, Bilik ICT dan dewan seminar.