PERATURAN NAIK KELAS

PERATURAN NAIK KELAS BAGI SEMUA PELAJAR

Peraturan ini lebih kepada untuk menjaga proses pembelajaran para pelajar supaya dapat mengikut capaian dan target yang ditetapkan dan dapat mengikut pembelajaran bersama rakan-rakan sekelasnya tanpa tertinggal jauh ke belakang.

A. Tingkatan Satu ke Tingkatan Dua

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Mencapai 75% hafazan Tahun Satu (6 juzu’ termasuk juzu’ 30) iaitu pada muka surat 71).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Lulus Peperiksaan Akhir Tahun.

B. Tingkatan Dua ke Tingkatan Tiga

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Tamat 100% hafazan Tahun Satu dan telah mencapai 75% (6 juzu’) sukatan Tahun Dua (Akhir juzu’ 11 atau muka surat 221).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Lulus Peperiksaan Akhir Tahun.

C. Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Tamat 100% hafazan Tahun Satu dan Dua serta telah mencapai 75% (6 juzu’) sukatan Tahun Tiga (Akhir juzu’ 19 atau muka surat 381).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
3. Lulus Peperiksaan Akhir Tahun.

D. Tingkatan Empat ke Tingkatan Lima (terpakai untuk ke MTAQ Pulai Chondong)

Pelajar mesti memenuhi DUA daripada tiga syarat berikut:-

1. Tamat 100% hafazan Tahun Satu, Dua dan Tiga serta telah mencapai 75% (6 juzu’) sukatan Tahun Empat (Akhir juzu’ 27 atau muka surat 541).
2. Lulus matapelajaran Al-Quran dalam Peperiksaan SMU/SMTQ.
3. Lulus Peperiksaan SMU/SMTQ.

 

**Untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut dan lebih jelas, boleh hubungi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid MTAQA, Cikgu Zailani di talian 012-9533247